Tuesday 13 March 2012

Takpelah


Manusia mungkin sering BERTANYA :

"Kenapa harus aku yang menjalani DUGAAN ini? Kenapa aku tidak boleh menjadi seperti orang lain, yang selalu kelihatan BAHAGIA?" Ketahuilah sahabat, bahawa Allah Maha Mengetahui yang TERBAIK bagi dirimu dan orang lain..

“Boleh jadi kamu MEMBENCI sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu MENYUKAI sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.."Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah : 216)

 Manusia memang mudah dirundung keluh kesah, dan itu harus disedari bahawa ianya datang dari BISIKAN SYAITAN..sesungguhnya, bila hati ini penuh keyakinan bahawa Allah akan mengujinya sesuai dengan KADAR KEMAMPUANNYA, maka hatinya akan TENANG..

“Allah TIDAK MEMBEBANI seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah : 286)

No comments: